Sayangkuu .. Dengarkan yeee ^^
Sayangku,
Tika dirimu dilanda ujian ,
Bersyukurlah dirimu ke hadrat Tuhan,
Jangan biarkan dirimu dlm kesedihan,
Berdua-duaanlah dengan Tuhan.
Sayangku,
Jangan sesekali berasa lemah,
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah,
Biasakan diri dengan bermuhasabah,
Teguklah ubatmu dengan tabah.
Sayangku,
Tika dirimu berduka cita,
Ingatlah , Allah itu setia,
Sentiasa bersama dengan hambaNya,
Walaupun Dia sering dilupa.
Sayangku,
Allah itu pendengar setia,
Tidak usah lagi kau curiga,
Tidak perlu kongsi bersama manusia,
Cukuplah bersujud dan bermunajat kepadaNya .
Sayangku ,
Ingatlah aku juga insan biasa,
Insan yang kerdil lagi hina ,
Bukan permata pada PenciptaNya ,
Belum tahu juga penghujung dosanya .
Sayangku , dengarkan rintihan kalbuku ..
Sayangku ,
Ku ingin berpesan sesuatu kepadamu ,
Andai aku terleka dengan urusan dunia ,
Tegurlah aku , sedarkan aku , kerna ku tahu kau akan ada denganku .
Andai aku terlanjur dalam berkata-kata ,
Tegurlah aku dengan penuh ketegasan .
Andai aku jauh terpesong ,
Bimbinglah diriku daripada terlolong .
Sayangku ,
Ku berharap bahawa kaulah teman ,
Teman yang ku dambakan sekian lama ,
Teman yg selalu ada untuk berjuang denganku ,
Dalam menuju SyurgaNya & menggapai redha Tuhan .
Sayangku,
Ku meltakkan segunung harapan ,
Agar kau dapat membimbingku ,
Agar aku setia kepada Tuhanku ,
Tidak lupa juga kekasih hati Tuhanku ,
Muhammad S.A.W .
Sayangku ,
Takkan ku sesali hadirnya dirimu dalam hidupku ,
Kerana ku tahu semua ini takdir Ilahi ,
Takdir yang menemukan kita dan memisahkan kita ,
Sungguhpun begitu ..
Sayangku ,
terima kasih kerana menemani hari sepiku .
Sayangku ,
Terima kasih atas segalanya .
Terima kasih atas kebahagiaan ini.
Moga kau dapat memimpin ku ke JannahNya
Bersama-sama mengejar redha Ilahi
Tanpa redhaNya apalah erti hidup ini
Moga berteman yee di Taman Firdausi <3
Lots of Love ,
~ NANZ ~
posted at Sunday, 20 October 2013 07:33
Archives ▼
August 2011
September 2011
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
December 2012
March 2013
May 2013
June 2013
August 2013
September 2013
October 2013
November 2013
December 2013