
- Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
- Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
- Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga
Maka coklat boleh menyumbangkan:-
- 15% Lemak
- 6% Protein
- 17% Karbohidrat
- 15% Tenaga
- ++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan
Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.
BAHAN ANTI KEROSAKAN DALAM GIGI
Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.
Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.
Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.
Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.
COKLAT MENGURANGKAN RISIKO JANTUNG
Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindank dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.COKLAT MAKANAN PENUH TENAGA
Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.
SUMBER KEDUA :
Coklat Kaya Vitamin
Coklat juga mempunyai beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A,vitamin B1,vitamin C,vitamin D,dan vitamin E.Selain itu coklat juga mempunyai zat dan khasiat pemakanan yang penting untuk tubuh seperti zat besi,kalium dan kalsium.Koko pula terdapat sumber magnesium semula jadi yang tinggi.Jika seseorang kekurangan magnesium ia boleh mengakibatkan hipertensi,penyakit jantung,diabetes,sakit persendian dan masalah bulanan wanita,pra menstruasi (PMS).Dengan menikmati coklat,ia mampu menambah magnesium dalam zat keperluan harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesterone pada wanita.Hal ini boleh mengurangkan kesan negatif dari PMS.
Coklat Itu Menenangkan
Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja.Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak.Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu.Selain itu,zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat mensimulasikan jaringan sarat dan jantung yang membuat kamu terjaga dan bersemangat.Kesan ini juga boleh diperolehi dari kafein pada kopi atau teh.Manfaat lainnya.ia juga boleh membantu meredakan batuk .
Coklat Untuk Kecantikan
Kebaikan lain dari coklat adalah kecantikan.Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal.Maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam dunia kecantikan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit.
Coklat Bibitkan Rasa Cinta
Coklat juga mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira,meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta.Itulah alasan yang boleh digunakan,mengaoa coklat sering dijadikan sebagai hadiah tanda cinta.
Okay , cukup sampai disini saja entry untuk sekian kali ni . Ain harap ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan anda terhadap coklat . Coklat tak mengemukkan kay ? Sedap oww . Yummy yummy !
Labels: kopipasta